SPM 2012: SMKSK TOP 5 DAERAH PONTIAN

21 MAC 2013-Keputusan SPM 2012 berjaya meletakkan SMKSK pada kedudukan ke-5 dalam daerah Pontian. Selain itu SMKSK juga turut mendapat ‘Anugerah Peningkatan GPS 3 Tahun Berturut-turut’. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMKSK di atas kejayaan ini.

Berikut adalah senarai nama pelajar cemerlang SPM 2012:

1. Faradilah [9A]
2. Tan Jia Le [9A]
3. Tan Wen Ping [9A]
4. Ong Jing Yu [8A]
5. Mas Idayu [8A]
6. Ng Jan Heow [7A]
7. Ang Zhi Peng [7A]

Pelapor: Cik Chua Pei Sing [SU SPM]

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG STPM 2012

Berikut adalah senarai nama penerima Anugerah Cemerlang STPM 2012 SMKSK;

1. FATHULLAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ BIN A RASHID [2.83]
2. SAIFULAMRI BIN ABU BAKAR [2.83]
3. KHARIANA BINTI NAZIR [3.09]
4. NURAZWANI BINTI ABD LATIF [3.17]
5. MUHAMMAD FARIS BIN MOHD ZUKI [3.25]
6. NORAZIMAH BINTI ALI [3.34]
7. AMIRUL AZRIE BIN AZMAN [3.42]
8. HASNIZA BINTI MD YUSSOF [3.67]
9. MOHAMAD AMIN BIN MD ALI [3.92]

Dilaporkan oleh Pn Noor Maizura binti Daud

Majlis Penetapan Azam Pelajar KRK 2013

Tarikh     : 15 Mac 2013

Masa       : 11-12 tengahari

Tempat   : Dewan Sri Kemuning

Bilangan Pelajar    : 43 orang pelajar KRK [Tingkatan 1-4]

Majlis berlangsung dengan dihadiri oleh Tuan Pengetua, GPK Akademik, GPK HEM, GPK Kokurikulum, guru-guru kanan mata pelajaran selaku AJK Kelas Rancangan Khas.

Majlis ini dimulai dengan bacaan doa oleh wakil pelajar KRK, bacaan ikrar, dan acara menyematkan tag pelajar KRK.

Ucapan oleh Pengetua

Pengetua menyematkan button badge KRK kepada wakil pelajar KRK

Bacaaan ikrar oleh pelajar-pelajar KRK

Motivasi ringkas oleh Kaunselor

Buku Program

Button badge khusus untuk pelajar KRK SMKSK

Dilaporkan oleh Pn  Nur Akmal binti Abu Bakar [Penyelaras KRK]

WATIKAH PERLANTIKAN PRS 2013

11 Mac 2013, Isnin, Majlis Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 2013 telah diadakan Di Dewan Terbuka SMK Sri Kukup. Seramai 44 orang pelajar telah terpilih menjadi ahli PRS. Untuk pengetahuan semua, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu badan kepimpinan sekolah yang memberikan khidmat sokongan dan membantu menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

PRS berpegang teguh kepada Falsafah “Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain”. PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan. Manakala Misi PRS ialah membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Matlamat utama PRS ialah melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid, membina murid yang yakin diri, memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan salahlaku dikalangan rakan sebaya atau pelajar.

Tahniah kepada para pelajar yang terpilih menjadi ahli PRS…”

Puan Hjh Rohani Binti A. Manaf (pengetua) diiringi Tn Hjh Md Ali Bin Abdullah (GPK HEM) menyampaikan watikah perlantikan kepada Jawatankauasa Tertinggi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Lafaz  Ikrar oleh ahli-ahli PRS yang di ketuai oleh Pengerusi PRS, Mohammad Danial Bin Ahmad Zahrudin

Laporan disediakan oleh Pn Nordiana binti Nordin [Kaunselor]