PELANCARAN PROGRAM PERAWAKAN PELAJAR DAN PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR

Pada 25 Februari 2013, SMK Sri Kukup telah melancarkan Program Perawakan Pelajar dan Pemantapan Disiplin dan Sahsiah Pelajar di Dewan Terbuka. Program ini telah dilancarkan oleh Pn Hjh Rohani Binti A.Manaf, Pengetua SMK Sri Kukup.

Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk membentuk dan melahirkan para pelajar yang berketrampilan kemas dengan mematuhi peraturan pemakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan memanimumkan kesalahan pelajar dengan mewartakan buku peraturan sekolah sebagai panduan guru dan para pelajar yang harus dipatuhi setiap masa.

Pelajar-pelajar akan diberikan taklimat berkala berkaitan kandunagn buku peraturan tersebut agar semua pelajar faham dan jelas akan kandungan yang terdapat di dalam buku peraturan tersebut. Selain itu pelajar-pelajar juga akan dipantau sepanjang tahun dan sijil akan diberikan kepada para pelajar yang terpilih dan sentiasa berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sekolah.

Terima kasih kepada Unit Disiplin dengan kerjasama yang diberikan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling.

“PENAMPILAN ITU CERMIN PERIBADI”

“SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU UNTUK MEMANTAPKAN DISIPLIN SMK SRI KUKUP KE ARAH KECEMERLANGAN PELAJAR”

Laporan Persembahan Perdana Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi

Seramai 7 orang pelajar SMK Sri Kukup telah menyertai Program Persembahan Silat Perdana Sempena Sambutan Perayaan 25 Tahun Silat Cekak Ustaz Hanafi Johor  seperti ketetapan berikut:

Tarikh       : 24 hb. Februari, 2013 (Ahad)

Masa        : 8.30 pagi – 6.30 petang

Tempat     : Padang Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor

‘Banner’ jemputan untuk tontonan orang ramai

‘Rehearsal’ latihan persembahan demonstrasi

Peserta dari SMK Sri Kukup

Sambutan Ketibaan Pewaris Mutlak Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al-Qadahi dan Perasmi Program YB Tan Sri Dato’ Shahrir Abdul Samad Ahli Parlimen Kawasan Johor Bahru

Perasmi sedang memukul gong sebanyak tiga kali

 Demonstrasi seramai 2500 orang ahli Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Sempena Perayaan 25 Tahun Silat Cekak Ustaz Hanafi Johor

Gambar semua peserta Demo Perdana

Gambar peserta bersama penyelia kelas dan jurulatih

Disediakan oleh

En. Hadi Abd. Munir bin Jamhari

Guru Penasihat

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi

SMK Sri Kukup

LAPORAN LDP BIL. 2/2013

Tarikh             :23 Februari 2013

Hari                 : Sabtu

Masa               : 8.00 hingga 2.00 petang

Tempat           : Dewan Makan Asrama SMKSK

Objektif         :
1. Memberikan pendedahan kepada guru tentang Amalan 5S.
2. Meningkatkan pengetahuan guru  tentang pelaksanaan Amalan 5S di Sekolah
3. Aplikasi Amalan 5S di dalam tugasan seharian

Sasaran           : Semua guru SMKSK

Kedatangan   : 84 / 99

Butiran aktiviti   :

-LDP dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan dipengerusikan oleh En A. Rahim bin A Rahman.

-Slot pertama Puan Hjh Rohani Abd Manaf mengenai sekolah.

-Slot kedua En A Rahim bin A Rahman mengenai Program STAR Sekolah

-Sesi ketiga diambil alih oleh Penyelaras penyelaras STAR, HIKMAH dan Pintas

-Penceramah undangan iaitu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian mengambil alih sesi selepas rehat mengenai Amalan 5S

-Lawatan ke bengkel kemahiran hidup dilakukan sebelum program tamat.

Penilaian Program :

-Kekuatan program : Semua guru berminat terhadap ceramah yang disampaikan. Penceramah jemputan berjaya menarik minat peserta.

-Kelemahan program : venue yang kurang selesa.

Cadangan penambahbaikan :

-Tambahkan peruntukan supaya kursus dapat dijalankan di tempat yang lebih selesa.

 

Pengetua menandatangani buku pelawat

Lawatan ke Bengkel KH

 Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

 Guru-guru KH yang menyumbang tenaga merealisasikan 5S bersama penceramah

 Lawatan ke bengkel KH

Laporan disediakan oleh Pn Sri Indayati binti Togi [SU LDP]