PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN BR1M SMKSK

Pada 29 Januari 2013 (Selasa), Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup telah mengadakan Majlis Perasmian Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan (BR1M) kepada para pelajar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Md Othman Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, pada jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang di Dewan Sri Kemuning, SMK Sri Kukup.

Seramai 211 ibubapa pelajar dari Kelas Integrasi, Peralihan, Tingkatan 1 dan 2 telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga sokongan dan kerjasama ibubapa dapat diteruskan dengan program-program sekolah akan datang.

Laporan disediakan oleh Pn Nordiana [Setiausaha HEM]

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMK SRI KUKUP 2013

Pada 14 Januari telah berlangsung majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas SMK Sri Kukup sesi 2013. Untuk sesi pagi, majlis ini telah menjemput Pegawai Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian sebagai perasmi dan penyampai watikah. Majlis ini berjalan dengan baik atas kerjasama guru-guru pengawas, guru-guru disiplin, pihak pentadbir,serta para pengawas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa kepada pihak PDRM  ~.^

Syabas buat semua pengawas dilantik. Supaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi !

Dilaporkan oleh Cikgu Haslina

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL. 01/2013

12 Januari 2013- SMKSK telah menganjurkan satu kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama bagi tahun 2013 bertempat di Dewan Makan Asrama pada pukul 8.00 pagi hingga 2 petang. Slot pertama kursus ini dimulakan dengan taklimat zakat oleh Ustaz Riduan [Pegawai Bahagian Zakat dari Pejabat Agama Daerah Pontian] yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kepentingan zakat dan cara-cara membayar zakat melalui potongan gaji bulanan. Slot kedua pula ialah pengenalan PBS secara ringkas oleh Pn Hjh Rohani [Pengetua]. Seterusnya, pengenalan tentang Pentaksiran Psikometrik oleh En Sohaili [Kaunselor] dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum oleh En Hamidon [GPK Kokurikulum]. Kursus ini diakhiri dengan sesi perbengkelan di mana guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut subjek.

 

 

Dilaporkan oleh Cikgu Sri Indayati

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1 & PERALIHAN

31 Disember 2013- Majlis pendaftaran pelajar baru bagi Peralihan dan Tingkatan Satu telah dijalankan dengan jayanya bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Semua ibubapa yang hadir telah disambut oleh tuan pengetua dan barisan pentadbir serta dipersilakan masuk ke Dewan Sri Kemuning bagi mendengar ucapan alu-aluan pengetua Pn Hjh Rohani binti A Manaf.
Warga SMK Sri Kukup mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru Peralihan dan Tingkatan Satu tahun 2013. Semoga menjadi warga SMKSK yang cemerlang.