LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2012

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 15 Julai 2012 bertempat di SMK Sri Kukup. Seramai 85 orang pelajar telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.

Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.

Unit Kokurikulum SMKSK ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.

Dilaporkan oleh Pn Rozima

Satu Respon untuk LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2012

  1. atie says:

    perkhemahan nie sungguh mnrik

Tinggalkan Pesanan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>