UPACARA PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

17 JULAI 2012-Upacara Pelancaran Jalur Gemilang Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-55, Tahun 2012 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka SMKSK.

Upacara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan menaikkan Jalur Gemilang. Seterusnya, para pelajar menyanyikan Lagu Negeri dan Lagu-lagu Patriotik dengan penuh bersemangat. Selepas bacaan doa, sebuah sajak telah dideklamasikan oleh Adik Amir Syafiq. Ucapan Kemerdekaan di berikan oleh En Mohd Dasuki, Ketua Panitia Sejarah dan diikuti dengan Ucapan Pelancaran oleh Pn Hjh Zalila, Pengetua SMKSK. Akhir sekali ialah Simbolik Penyerahan Bendera yang menyaksikan penyerahan bendera oleh Pengetua kepada Ketua Panitia Sejarah.

Satu Respon untuk UPACARA PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

  1. Cikgu Ali says:

    Salam. Kibarlah bendera Jalur Gemilang dan hayatilah erti sebenar MERDEKA….

Tinggalkan Pesanan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>