LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 04/2012

LDP kali ke-4 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 28 Julai 2012 bertempat di Dewan Makan Asrama. Pihak Jawatankuasa LDP SMKSK telah menjemput Pn Hjh Salehah bt Abdul Kahar (Pengetua Cemerlang SMK Pasir Gudang) bersama beberapa orang fasilitator iaitu Pn Wan Yusnizan bt Wan Hamat, Pn Norzila bt Othman dan Cik Kulapusanam a/p T Muniandy untuk memberi latihan kepada para guru berkenaan dengan “Pembinaan Nilai dalam Organisasi”. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang latihan seperti nyanyian, pembentukan kumpulan, LDK, pembentangan dan lain-lain lagi. Semoga LDP kali ini dapat memberi manfaat kepada para guru.

 

Dilaporkan oleh Pn Sri Indayati

ENGLISH LANGUAGE CAMP

A language camp, specially organised for ‘Perfect Score’ students, had been successfully held on 6th and 7th July 2012. It started at approximately 3.00p.m. on 6th July (Friday) and ended at around 5.00p.m. on 7th July (Saturday). A total of 40 students participated in the language camp. Conducted and facilitated by English teachers of SMK Sri Kukup as well as an English Teaching Assistant (ETA) — Miss Julie Baer, this language camp intended to boost students’ confidence in speaking, writing and listening to the English language. Another main objective of the language camp was to enhance collaborative learning skills among students by having a lot of group activities, and it was hoped that students could gain beneficial skills, knowledge and experiences in a fun way. A variety of English language activities, including ice-breaking activities, sing along, charades, Newspapers in Education (NIE), word search, word games and scavenger hunt, had been carried out in 5 different sessions respectively. The language camp ended with a speech by Mr. Hamidon bin Busro, followed by the prize-giving ceremony.


Reported by Mr Chew Jian Yong

UPACARA PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

17 JULAI 2012-Upacara Pelancaran Jalur Gemilang Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-55, Tahun 2012 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka SMKSK.

Upacara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan menaikkan Jalur Gemilang. Seterusnya, para pelajar menyanyikan Lagu Negeri dan Lagu-lagu Patriotik dengan penuh bersemangat. Selepas bacaan doa, sebuah sajak telah dideklamasikan oleh Adik Amir Syafiq. Ucapan Kemerdekaan di berikan oleh En Mohd Dasuki, Ketua Panitia Sejarah dan diikuti dengan Ucapan Pelancaran oleh Pn Hjh Zalila, Pengetua SMKSK. Akhir sekali ialah Simbolik Penyerahan Bendera yang menyaksikan penyerahan bendera oleh Pengetua kepada Ketua Panitia Sejarah.

HARI PERGERAKAN PUTERI ISLAM

14 JULAI 2012-Hari Pergerakan Puteri Islam Daerah Pontian telah diadakan di SMK Ayer Baloi bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini merupakan program tahunan bagi Pergerakan Puteri Islam Daerah Pontian. Terdapat pelbagai pertandingan dijalankan seperti Busana Muslimah, Jahitan Silang Pangkah, Gubahan, Tulisan Khat, Poster, Rawatan Patah Kaki, dan Kelim Karipap. Wakil dari SMK Sri Kukup telah memenangi beberapa pertandingan iaitu:

Busana Muslimah (Johan)

-Khairunnisak Md Salleh & Siti Norazira Rosli

Gubahan Lipatan Tuala (Ketiga)

-Nor Esilah Mohd Ali

Tulisan Khat (Ketiga)

-Pn Syamsiah Jahuri

Jahitan Silang Pangkah (Saguhati)

-Nur Amira Nazihah Abd Razak

Poster (Saguhati)

-Azian Ishak

Tahniah kepada para pemenang.

 

Dilaporkan oleh Cikgu Nurhayati Tahir.