Strategi dan persediaan menghadapi peperiksaan

peperiksaan
Berhadapan dengan sesuatu peperiksaan utama atau besar adalah sesuatu yang menggelisahkan bagi semua orang. Perasaan berdebar-debar sentiasa menghantui murid, tidak kira betapa bersdedianya seseorang itu untuk menghadapi peperiksaan.
Ikuti panduan ringkas dibawah untuk membantu anda menghadapi peperiksaan:

  1. Semak nota ringkas
  2. Banyakkan Latihan
  3. Ulangkaji berkumpulan
  4. Urus masa ulang kaji

1. Semak nota ringkas
Semak semula nota-nota ringkas, kad-kad nota atau peta minda yang telah dibuat sebelum ini.Menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu topik.Perlu diingat, ketika ini, bukannnya masa untuk mempelajari perkara-perkara baru tetapi sebaliknya mengulangkaji fakta-fakta penting.Jika masih ada maklumat yang tidak faham, segera berjumpa dengan guru anda ataupun berbincang dengan rakan-rakan yang lebih mengetahui.

Semasa mengulangkaji, sediakan pen highlighter untuk menanda fakta-fakta penting dan dapatkan tip daripada guru anda mengenai topik yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.
Selalu bersemuka dan berbincang dengan guru dan rakan anda, manalah tahu, kadang kala melalui komunikasi bersemuka ini, anda akan menerima tip-tip istimewa daripada guru anda.

2. Banyakkan Latihan
Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Samada membuat latihan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas atau pun melalui buku-buku latihan yang mengandungi sampel soalan-soalan.Ini bertujuan untuk membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan sesuatu topik.Selain daripada itu, melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukankan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemuungkinan memberi soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.

3.Ulangkaji berkumpulan
Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu topik atau subjek. Pastikan kumpulan anda tidak terlalu ramai kerana anda akan hilang tumpuan jika kumpulan yang dibentuk terlalu ramai. Seelok-eloknya antara 3-5 orang didalam satu kumpulan. Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi kertas soalan dan tip-tip perperiksaan.

4.Urus masa ulangkaji
Antara perkara yang paling penting didalam persediaan peperiksaan ialah mengurus masa untuk mengulangkaji matapelajaran. Jika perlu, sediakan jadual berkala yang tidak terlalu ketat. Apa yang lebih penting ialah anda perlu membuat ulangkaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Semasa mengulangkaji, seboleh-bolehnya elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti televisyen, radio dan laman sosial internet. Ini kerana ia akan menganggu tumpuan dan fokus anda terhadap matapelajaran yang diulangkaji.

Satu Respon untuk Strategi dan persediaan menghadapi peperiksaan

  1. marina etuci says:

    Tips yang sangat berguna.terima kasih!

Tinggalkan Pesanan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>