LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKSK KE-43

21 JUN 2012-Temasya Sukan Tahunan Ke-43 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari diiringi dengan tepukan dan sorakan.

Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan (Zuhrah, Neptun, Utarid dan Musytari), diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengetua SMK Sri Kukup, Pn. Hjh Zalila binti Junid. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 13, 15 dan 18 tahun, telah diadakan. Guru-guru SMK Sri Kukup turut mengambil bahagian dalam acara 4X50m dan diteruskan dengan acara 4X100m yang disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan bekas pelajar sekolah, justeru menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali.

Secara keseluruhannya, Rumah Merah (Utarid) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau (Musytari). Bagi acara perbarisan, Rumah Hijau berjaya dianugerahkan tempat pertama termasuk anugerah maskot terbaik manakala Rumah Merah memenangi tempat kedua. Rumah Hijau turut berjaya memperolehi tempat pertama dalam acara tarik tali, diikuti dengan Rumah Biru (Zuhrah) yang meraih tempat kedua dan Rumah Kuning (Neptun) sebagai pemenang tempat ketiga. Mohd Afifi Anas dari Rumah Hijau dan Nurul Atikah binti Muhamad Shaid masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Temasya Sukan Tahunan ke-43.

Laporan oleh Chew Jian Yong

2 Respon kepada LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKSK KE-43

  1. Sobri Buqhari says:

    Terima Kasih Kerana Membuat Laporang Ini

  2. Jaaishwarya says:

    Tq very much 4r this helpful writing……

Tinggalkan Pesanan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>