SMKSK DI NRC 2012

24 JUN 2012- SMKSK telah menghantar 2 buah pasukan untuk menyertai ‘National Robotic Competition 2012’ sempena Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan di Persada Johor. Biarpun tidak mendapat tempat, namun penyertaan kali pertama ini akan menjadi pengalaman yang amat bermakna bagi meningkatkan lagi pencapaian di masa hadapan.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua guru yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berani menyahut cabaran dan berusaha sebaik mungkin sepanjang pertandingan.