MAJLIS MOHON RESTU SPM

Sempena SPM yang bakal berlangsung pada minggu hadapan, Majlis Mohon Restu SPM 2012 telah diadakan pada 1 November 2012 di Dewan Sri Gemilang, SMK Sri Kukup. Majlis ini disertai oleh calon-calon SPM SMK Sri Kukup, Pihak Pentadbir, Kaunselor, Setiausaha Peperiksaan SPM, guru-guru Tingkatan 5 dan guru-guru matapelajaran Tingkatan 5. Majlis ini dimulai dengan perkongsian ilmu menjelang peperiksaan oleh Kaunselor [Pn. Siti Masitah binti Solihin], Taklimat Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan SPM [Cik Chua Pei Sing], Ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM [Tn Hj Ali bin Abdullah] dan Guru Penolong Kanan Akademik merangkap Pemangku Pengetua [En A Rahim bin A Rahman]. Kemudian, majlis diteruskan dengan pemeriksaan disiplin dan penyerahan kit dan juga slip peperiksaan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan mohon restu oleh calon-calon SPM SMK Sri Kukup.

Berikut adalah rakaman foto sepanjang majlis berlangsung.

Taklimat oleh Setiausaha Peperiksaan SPM

Ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM

Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik merangkap Pemangku Pengetua

Pemeriksaan disiplin

Kit peperiksaan

Penyerahan kit peperiksaan

Mohon restu oleh pelajar-pelajar dari 5 Permata

Mohon restu oleh pelajar-pelajar dari 5 Intan

Mohon restu oleh pelajar-pelajar dari 5 Zamrud

Mohon restu oleh pelajar-pelajar dari 5 Zamrud

Mohon restu berlanjutan sehingga ke Bilik Guru

SMKSK JUARA PAINTBALL ASAT PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 12, 13 dan 14 Oktober yang lalu, pasukan Paintball asrama SMKSK yang mewakili negeri Johor telah bertandang ke Shah Alam untuk bertanding dalam Pertandingan Paintball Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2012. Kontinjen telah menginap di SMK Seksyen 18, dan bertanding di Shah Alam Extreme Park. Pasukan SMKSK telah mengungguli Kumpulan C, dengan mengalahkan pasukan Selangor, Terengganu, dan Pahang. Pada pusingan suku akhir, pasukan SMKSK telah buat pertama kalinya kecundang kepada pasukan Negeri Sembilan, tetapi telah berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir dengan mengalahkan Selangor. Sekali lagi, pasukan SMKSK telah menunjukkan belangnya dengan menjinakkan juara bertahan, Pulau Pinang. Di pentas akhir, pasukan dari SMKSK telah membuktikan kemampuannya setelah menjadi juara pertandingan dengan mengalahkan pasukan dari Melaka. Lebih menggembirakan, pertandingan Paintball kategori wanita juga telah dijuarai oleh pasukan Johor yang diwakili oleh pelajar dari SMK Bandar Putra, Kulai. Tahniah dan syabas kepada semua ‘paintballers’ SMKSK.

Dilaporkan  oleh Cikgu Mohd Izzat

 

 

JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

Majlis ‘Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung’ telah diadakan pada tanggal 18 September 2012 bagi meraikan Pn Hjh Zalila binti Junid, mantan pengetua SMK Sri Kukup yang telah berpindah ke SMK Skudai.

Biarpun tempoh perkhidmatan beliau tidak begitu lama di SMK Sri Kukup, namun kepimpinan, jasa, dan sumbangan beliau pasti akan menjadi ingatan setiap warga sekolah ini.

Akhir kata, selamat bertugas di sekolah baru. Semoga terus cemerlang.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

 

 

 

Ucapan dari insan yang diraikan

Ucapan dari wakil pelajar

Deklamasi sajak